Persatuan Al-Qudwah

Persatuan Al-Qudwah telah ditubuhkan pada 27 Oktober 2003 setelah mendapat kelulusan dari kerajaan.

Matlamat Penubuhan Persatuan Al-Qudwah

Memperjuangkan dan meninggikan martabat Islam bersesuaian dengan Al-Quran dan As-Sunnah;
Membina institusi peribadatan yang menepati Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah saw;
Melakar dan menganjurkan aktiviti-aktiviti dan amalan-amalan Sunnah yang dapat di contohi oleh masyarakat Islam Singapura;
Meningkatkan ilmu pengetahuan Islam, khususnya di kalangan ahli-ahli persatuan dan di kalangan masyarakat Islam setempat;